Program Belia Benci Dadah dan Kempen TAKNAK Merokok |
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,..
Setelah berfikir, akhirnya saya ingin mewujudkan satu program membantu rakan-rakan saya disekolah untuk berhenti merokok. Mungkin belum terlambat untuk menyedarkan mereka. Buat masa ini , program tersebut masih dalam rancangan saya dan raka-rakan sekelas. Saya mengharap anda yang membaca dapat memberi pandangan dan idea serta menyebarkan web saya ini kepada rakan-rakan anda untuk bacaan kita bersama..
Akhir kata, saya berharap bahawa kita semua dapat bersatu padu untuk mengurangkan dan cuba untuk menghapuskan masalah ini walaupun kita tahu memang susah untuk menghapuskannya. Bak kata pepatah 'Berfikir dengan akal, melembut dengan hati'.. Sekian
PROGRAM BELIA BENCI DADAH DAN KEMPEN TAKNAK MEROKOK
Program Belia Benci Dadah ialah sebuah program yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu para belia dari terjebak dengan musuh nombor satu negara iaitu NAJIS DADAH. Hasil dari pemantauan yang dilakukan, pengambilan NAJIS DADAH ini oleh remaja dilakukan atas sebab-sebab seperti ingin mencuba atau suka-suka, mengikut kawan, tekanan dalam kehidupan dan yang paling utama ialah berpunca dari tabiat merokok. Pelbagai cara dilakukan untuk membantu para belia jauhkan diri dari merokok, seperti menaikkan harga merokok, menghapuskan rokok 14 batang dan sebagainya. Namun hasil itu semua menemui jalan buntu. Mengapa ini berlaku???. Hal ini berlaku kerana tiadanya kesedaran dari para belia dan beliawanis negara kita. Tengok saja di pasaraya, tepi tepi jalan, di warung dan tempat sebagainya, dapat dilihat remaja kita menghisap rokok tidak kira jantina lelaki ataupun perempuan. Mereka tanpa segan silu merokok didepan kita. Adakah itu bakal pemimpin negara kita pada masa akan datang?. Tidak mungkin jawapannya.
Pihak kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta wang untuk menghapuskan perkara ini. Tapi tidak nampak lagi tanda-tanda kejayaan program ini. Mungkin perkara ini disebabkan pihak belia tidak didedahkan dengan bahaya merokok dan mengambil dadah dengan lebih mendalam. Belia ini tidak akan sedar sehingga akhirnya mereka terseksa kerana bahana dan kesilapan diri sendiri.Setelah berfikir, akhirnya saya ingin mewujudkan satu program membantu rakan-rakan saya disekolah untuk berhenti merokok. Mungkin belum terlambat untuk menyedarkan mereka. Buat masa ini , program tersebut masih dalam rancangan saya dan raka-rakan sekelas. Saya mengharap anda yang membaca dapat memberi pandangan dan idea serta menyebarkan web saya ini kepada rakan-rakan anda untuk bacaan kita bersama..
Akhir kata, saya berharap bahawa kita semua dapat bersatu padu untuk mengurangkan dan cuba untuk menghapuskan masalah ini walaupun kita tahu memang susah untuk menghapuskannya. Bak kata pepatah 'Berfikir dengan akal, melembut dengan hati'.. Sekian
BELIA BENCI DADAH - ANDA CUBA ANDA SENGSARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan